Monday 24 October 2011

Pelancaran Set Breastfeeding Baru!!!

Bermula esok 24 October 2011, kumpulan kami Euphoria akan melancarkan  set breastfeeding baru iaitu Eu - Four Pack. Eu - Four Pack mengandungi Vitamin B, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix (kalsium).  Ramai ibu-ibu yang telah mencuba set ini dan mendapati ia jauh lebih berkesan dari set breastfeeding lama. Istimewanya, set ini boleh diambil oleh semua individu, sama ada suami ataupun ibu bapa kita. Jadi dengan membeli full set, seisi keluarga boleh gunakannya! Memang berbaloi-baloi..

Kenapa Eu - Four Pack?

  • Boleh diambil oleh semua golongan - suami,isteri, ibu menyusu dan juga ibu mengandung. Jadi,jika anda merupakan ibu hamil yang juga menyusukan anak, set ini sangat sesuai utk anda.
  • Kalsium memainkan peranan besar bagi ibu-ibu menyusu. Jika kalsium ibu mencukupi, badan sangat mudah menghasilkan susu dengan cepat dan banyak (Alfalfa yang terkandung dalam set sebelumnya mempunyai paras kalsium yang minima)
  • Penghidap Talassemia tidak boleh mengambol Alfalfa. Oleh itu, kehadiran set ini sangat-sangat membantu!
  • Terdapat segelintir bayi yang mengalami cirit, jika ibu mengambil Alfalfa sebagai milk-booster. Dengan adanya Set Eu-Four Pack ini, tiada lagi cirit untuk ibu dan anak.

Kalau ada beberapa kekurangan Alfalfa, mengapa alfalfa dikatakan milk booster?


  • Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Bagaimanakah jika saya serasi dengan Set Breastfeeding lama dan ingin meneruskannya?


  • Set breastfeeding lama tetap diteruskan, cuma set Eu-Four Pack ini diwujudkan sebagai pilihan. Jika anda serasi dengan set breastfeeding lama, sila teruskan. Atau, boleh juga mencuba set ini jika mahu. Pilihan di tangan anda.


Berapakah Harga Eu - Four Pack?


Hubungi saya di :

Email: sarenabenedict@gmail.com 
SMS/Whatsapp:             019-4837879       
Facebook  : Sarena SV Virgil


untuk harga yg istimewa hanya utk pelanggan2 saya di virgilsheldon.blogspot.com :)




promosi


** Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.


Friday 21 October 2011

Adakah Anda Perlu Kalsium?

Cuba lihat di sini, adakah anda mempunyai gejala yang berikut?

  • Kejang otot
  • Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  • Wheezing (pernafasan seperti wisel)
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Keletihan
  • Rambut kasar
  • Kuku rapuh
  • Kulit kering (Psoriasis)
  • Tumit pecah dan kasar
  • Eczema - penyakit kulit
  • Sakit sendi

Kalau ada, maknanya anda kekurangan kalsium. Fikir-fikirkan semula, adakah pemakanan harian anda dilengkapi dengan kalsium? Berikut ialah sumber semulajadi kalsium:

  1. Produk tenusu
  2. Sayuran seperti bayam
  3. Kekacang

Kenapa penting mengambil kalsium?

  1. Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium  adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.
  2.  Pembentukan struktur normal sel
  3.  Sistem saraf
  4.  Pembekuan dan tekanan darah
  5. Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal


Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:


  •  Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
  •  Sukar tidur (Insomnia)
  •  Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  •  Sakit pinggang dan kaki
  •  Cepat naik angin dan mudah terkejut
  •  Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  •  Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin


Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pula:


  • Selalu berpeluh ketika tidur
  • Sukar tidur lena
  • Terkejut, menangis pada waktu malam
  • Hyperaktif
  • Tiada selera makan, memilih makanan
  • Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  • Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
  • Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  • Rendah, lemah badan

Justeru, amat disarankan anda semua mengambil Ostematrix Shaklee (kalsium magnesium) dalam diet harian anda. Tak mahal pun, hanya RM 65 sahaja. Baik cegah sebelum parah. Jika lambat bertindak, dan paras kalsium anda semakin kritikal, potensi untuk menghidapi osteoporosis akan berlaku. Takkan anda nak jadi seperti ini sebelum tiba masanya?

hilang kepadatan tulang

Apa yang anda makan hari ini, menjadikan siapa diri anda esok.. Fikir-fikirkanlah..


Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan harga diskaun untuk Ostematrix! 

Email: sarenabenedict@gmail.com 
SMS/Whatsapp:             019-4837879       
Facebook  : Sarena SV Virgil


** Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Wednesday 19 October 2011

Kebaikkan Penyusuan Ibu

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu

Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Tuhan khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...