Tuesday, 16 October 2012
SUPPLEMENT adakah ia satu KEPERLUAN atau KEHENDAK?
Tahukah anda bahawa setiap manusia memerlukan lebih daripada 40 jenis zat makanan untuk kesihatan tubuh yang baik?
Namun tidak semua jenis makanan yang kita makan setiap hari dapat memenuhi keperluan semua jenis zat makanan yang di perlukan oleh tubuh kita. Untuk memenuhi semua keperluan zat makanan ini,sebaiknya pilihan makanan harian kita adalah merangkumi roti, bijirin, buah-buahan,produk tenusu ,sayur-sayuran, sumber protein seperti ayam, itik, daging,ikan dan sebagainya.
Sekiranya anda ingin memenuhi semua keperluan zat di dalam badan dengan makanan yang di nyatakan di atas, ternyata anda perlu menyediakan hidangan yang banyak dan memakan kos yang tinggi!!
Di sebabkan masalah inilah, supplement bagi saya adalah pilihan yang terbaik untuk anda membekalkan semua jenis zat untuk kesihatan tubuh yang baik!
Sebenarnya ramai rakyat Malaysia masih tidak pasti samada pengambilan supplement ini adalah satu KEPERLUAN atau KEHENDAK!
Mari kita lihat sebab-sebab mengapa badan kita perlukan SUPPLEMENT:
1. Badan kita memerlukan VITAMIN
Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh di perolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan E yang di perolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
2. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak segar.
Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti sayuran dan buah-buahan.
3. Zat makanan hilang semasa proses penyediaan / memasak.
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah di musnahkan oleh haba semasa dimasak.
4. Tabiat hidup yang tidak baik
Pengambilan alkohol, minuman keras, pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi dengan kafein , lemak , kolestrol, gula dan garam juga mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
5. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang mengandungi kandungan MSG yang tinggi juga salah satu punca badan kita kekurangan zat!
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di beli di luar dan makan malam pula di sediakan seringkas yang mungkin.
Nasi lemak, roti canai, mee goreng, kueh tiow goreng dan sebagainya merupakan menu kegemaran ramai rakyat Malaysia untuk sarapan pagi, manakala untuk makanan tengahari ramai yang akan berpusu-pusu ke KFC, McDonald, Pizza Hut dan sebagainya!
Sekarang, pilihan terletak di tangan anda..samada anda melihat pengambilan SUPPLEMENT ini merupakan satu KEPERLUAN atau KEHENDAK.
Anda sendiri yang akan menentukan tahap kesihatan tubuh badan anda!! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment